Miss DSLR
K.A.M.I
Saturday, 19 April 2014 • 19:21 • 0 comments




You
Friday, 28 February 2014 • 19:46 • 0 comments
You were there to light my day

You were there to guide me through

From my days down and on

I'll never stop thinking of you



How can i forget all that

When you're the one who make me smile

You'll always be a part of me

How i wish you were still mine



Never will forget the day

How we've met and came this far

We all know we got this feeling

But somehow it has to end up here



I know it's me who said goodbye

And that's the hardest thing to do

Cause you mean so much to me

And guide the truth from me to you



For all the things i've done and said

For all the hurt that i've caused you

I hope you will forgive me baby

Cause that wasn't what i meant to do


Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’
Friday, 31 January 2014 • 20:06 • 0 comments
“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..”

“Kenapa pulak?”

“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”

“Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..”

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

tumblr_mn6uwsupj71qapk2qo1_500< Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)

“Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”

Marilah sama-sama kita renungkan… belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.



PAST
Disclaimer
Le Mumtaz

Twinkle twinkle

"

Diary
>> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am


>> We're friends !
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Superman hilang ?
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • K.A.M.I
  • You
  • Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’
  • S E N I O R and S P M
  • Berhijrah Bukan Senang !
  • Ya Allah , Jadikanlah Saya Muslimah Yang Kau Redha...
  • Kebahagiaan Dalam Pencarian
  • Cinta Buat Yang Halal :')
  • Aku Ingin Menjadi Baik ^^

  • D' Credits
    Basecode : N.Afiqah
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : Mumtaz Mesuwan